.
Hubungi Kak Liza Sekarang!
-->> 019-3278824 / 019-6622799 <<--


.

10 Tips & Petua Kuruskan Badan: ALSD2

PERNAHKAH ANDA tahu beberapa perkara remeh yang anda tak pernah sedar pun, yang buatkan anda Gemuk?!

Berhati-hati dalam rutin harian anda atau anda terpaksa melihat timbangan berat badan anda naik, naik dan naik! Pastikan anda tahu 10 tips dan petua kurus badan ini jika anda betul-betul nak menurunkan berat badan anda dengan cepat.




Untuk lebih mudah, saya asingkan kepada 5 perkara yang anda "MESTI BUAT" dan 5 perkara yang anda sekali-kali "JANGAN BUAT".

5 PERKARA ANDA MESTI BUAT!
  • Ambil Sarapan Pagi
Jangan lupa ambil sarapan, permulaan yang sangat penting! Sarapan memastikan anda tubuh anda bertenaga dan secara langsung meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Secara mudah, metabolisma naik, pembakaran lemak naik, berat badan anda turun!
  • Makan Perlahan-lahan 
Kunyah makanan anda sehingga betul-betul hancur sebelum telan. Ini lebih memudahkan dan mempercepatkan proses pencernaan dalam badan. Jadi, kesemua makanan tersebut dapat diuraikan dengan cepat (termasuk lemak) dan semua nutrisi penting dapat diserap oleh badan dengan lancar.
  • Minum Air Secukupnya
Wajib bagi anda minum 8 gelas / 2-3 liter setiap hari. Air membantu melancarkan semua proses dalam badan. Yang paling penting bagi anda yang nak kurus dengan cepat, air adalah medium untuk penyingkiran lemak yang telah diuraikan, iaitu melalui air kencing dan perpeluhan. 
  • Masak Sendiri
Rajinkanlah diri anda untuk masak di rumah berbanding makan di luar. Masakan sendiri buatkan anda betul-betul tahu kandungan makanan anda, tidak seperti makanan di luar, mengandungi banyak lemak / gula tersembunyi.
  • Lakukan Senaman Ringan
Anda nak kuruskan badan dengan cepat kan? Mengapa tidak anda optimumkan kesannya dengan senaman ringan. Cukup anda berjalan-jalan di taman perumahan anda, atau anda park kereta anda jauh sedikit dari pintu masuk pejabat anda. :)

5 PERKARA ANDA JANGAN BUAT!
  • Jangan Berlapar
 Jangan tak makan! Pastikan anda makan sekurang-kurangnya 3 meal/ hidangan utama setiap hari. Tubuh kita memerlukan tenaga untuk bekerja. Lalu, bagaimana tubuh anda nak bakar lemak jika tenaga tidak dibekalkan.
  • Jangan Ambil Garam Berlebihan
Fakta: Garam akan menyebabkan penakungan air dalam badan anda. Ini akan menyebabkan anda "gemuk air". Jadi,, kurangkanlah garam sebaik mungkin.
  • Jangan Minum Minuman Bergula, Bergas, & Berkafein
 Elakkan minuman bergula/ bergas kerana kandungan gula yang berlebihan dalam badan menyebabkan anda gemuk. Minuman berkafein pula akan merendahkan kadar metabolisma badan anda.
  • Jangan Makan Junk Food / Makanan Ringan
Junk food mengandungi pelbagai bahan yang tidak baik untuk tubuh anda. Sebagai contoh kandungan garam/ gula yang berlebihan. Malah, ia tidak membuatkan anda berasa kenyang membuatkan anda makan dengan lebih banyak tanpa disedari. 
  • Jangan Timbang Berat Anda Setiap Hari
Timbang hanya sekali dalam seminggu. Ini akan membantu anda untuk kurus dengan cepat dari segi psikologi. Apakah perasaan anda jika anda lihat tiada penurunan berat badan berlaku? Kecewa bukan? Nah, mana mungkin anda nampak hasilnya jika anda timbang berat anda setiap hari.

Call/ SMS saya di 019-3278824 / 019-6622799 (Kak Liza)  untuk mengetahui info lanjut SECARA PERCUMA!

Saya akan terangkan secara menyeluruh 
"BAGAIMANA ANDA NAK KURUS DENGAN ALPHA LIPID SD2!"
INFO PENTING!

Tips dan petua kuruskan badan ini hanyalah tambahan kepada 8 Cara Asas Kuruskan Badan Dengan Cepat. Jika anda betul-betul serius untuk kurus, anda wajib baca artikel tersebut kerana 8 cara tersebut adalah sangat penting dan asas kepada diet yang betul dan teknik menurunkan berat badan anda!
Sila baca artikel ini melalui link berikut:
8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan!

Untuk info lanjut mengenai Alpha Lipid SD2, sila baca artikel berikut:
Kurus Dengan Alpha Lipid SD2!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...